Wednesday, 15 August 2012
Tuesday, 7 August 2012
Trip Ke Pulau Tioman 22 Jun 2012
TRIP KE TIOMAN 22 JUN 2012
Salam, pada 22 Jun 2012 yang lalu, saya berpeluang untuk membawa company trip dari Gelang Patah ke Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam. Trip ini merupakan pertama bagi saya menjejakkan kaki ke Pulau Tioman. Perjalanan bermula dari jam 7 pagi dan tiba di Jeti Mersing jam 9.30 pagi. Feri yang kami naiki sepatutnya 10.30am tetapi tiba lewat pada jam 12 tengah hari. Setibanya di Jeti Kampung Genting, saya amat teruja dengan keindahan di sana, melihat air laut yang berwarna biru jernih, ikan-ikan bebas berenang. Waktu malam, makan malam BBQ serta aktiviti karoke bersama semua peserta. Keesokan hari, kami pergi melakukan aktiviti snorkeling di beberapa lokasi, Pulau Rengis, Tulai, Taman Laut. Setelah puas snorkeling, singgah sebentar ke Kampung Salang untuk ke kedai Free Duty untuk membeli-belah. Kemudian pulang semula ke Resort. Pada waktu petang, aktiviti riadah bersama-sama semua peserta, bermain bola tampar pantai. Keesokan hari, check-out dan pulang ke Mersing. Sebelum pulang, singgah sebentar di kedai keropok Mersing. Sekian...
Subscribe to:
Posts (Atom)