nuff

Friday 11 May 2012

Taman Negara Endau Rompin-Selai (Product Update)


Selai 24-26April2012

Salam Sejahtera. Pada 24-26 April 2012 telah diadakan program Product Update Taman Negara Endau Rompin-Selai, Segamat yang dianjurkan oleh Pihak Taman Negara dengan kerjasama Tourism Malaysia Johor. Saya menjadi wakil kepada syarikat untuk melihat produk pelancongan yang bertemakan eko-pelancongan ini yang mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan diperkenalkan kepada para pencinta alam semulajadi.

Bagi pendapat saya, Taman Negara Endau Rompin Selai ini sangat menarik dan memberikan ketenangan jiwa dari kesesakan kehidupan dibandar. Hutan yang masih terjaga dengan baik, memberi pelindungan kepada kehidupan flora dan fauna dari kepupusan dan ancaman manusia. Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang unik boleh dilihat disini, menjadi tarikan kepada para saintis dari seluruh dunia untuk datang kesini semata-mata untuk melihat dan mengkaji sendiri flora dan fauna yang unik disini.

Sekian...