Trip Jakarta Puncak Bandung September 2012
Bismillah... Pada bulan ini, saya telah membawa kumpulan pelancong dari Malaysia ke Indonesia seramai 40 orang. Agak mencabar bagi saya dan crew yang lain membawa jumlah peserta yang besar ini. Walau apa pun, kami telah berjaya mengurus mereka dengan baik. Lawatan bermula dari turun di Jakarta, melawat di sekitar bandar.
Antara tempat menarik yang di kunjungi adalah Monas, singkatan bagi Monumen Nasional yang menjadi simbol bagi Jakarta. Sejarah ringkasnya, Monas ini di bina semasa pemerintahan Presiden Indonesia Sukarno pada 1961 dan siap pada 1975. Ia melambangkan semangat perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajah.
Seterusnya menuju ke Puncak yang mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dari Jakarta. Puncak merupakan destinasi tanah tinggi yang bersuhu rendah, memberi kesegaran kepada pengunjung yang datang. Sekitarnya dihijaukan dengan ladang tanaman teh.
Kemudian meneruskan lagi perjalanan ke Bandung. Pastinya syurga bagi para pelancong untuk membeli-belah. Terdapat banyak factory outlet di sana yang menjual pelbagai jenis pakaian, beg tangan, jeans berjenama dengan harga yang berpatutan. Antara yang terkenal adalah Rumah Mode, Central Factory Outlet, Toko Tiga, Forman, Summit dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pasar baru, yang terkenal dengan jualan telekung, batik, pakaian dan tekstil lain dengan harga yang murah.
Selain tekstil, Bandung juga terkenal dengan produk kek lapisnya. Saya membawa peserta melawat Kedai Kartika Sari untuk membeli kek lapis, coklat, brownies di sana. Kartika Sari adalah salah satu Jenama Bakery yang terkenal di Indonesia.
Lawatan ini selama 4 hari 3 malam. Tetapi masih lagi ada peserta yang tidak puas membeli-belah di sana. Walau apa pun mereka tetap gembira kerana dapat membeli kebanyakan barang yang mereka inginkan. Saya dan crew yang lain terpaksa pulang lewat sehari kerana kehabisan tiket penerbangan. Huhuhu.
Sekian..
Jika berminat untuk melawat Bandung, sila hubungi saya di
BT Holidays: +607-241 4885 (Adam)
Email : btholidays@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment